Wanita Luar Biasa

Siapa tak inginkan rumahtangga bahagia? Apalagi kalau menikah dengan cinta hati sendiri. Aidan dan Nuraisya bernikah awal ketika usia 21. Ketika ini, Aidan masih belajar di universiti manakala Nuraisya jadi guru tadika di kampung. Cinta sejak dibangku sekolah, akhirnya mereka capai kata sepakat untuk nikah walaupun dibantah keluarga Aidan. Ibu, abang, kakak dan adik Aidan menentang sebab mahu Aidan tumpukan pelajarannya dan berjaya dapat kerja baik dengan gaji besar. Kononnya, bolehlah merasa hidup senang atas kesenangan Aidan, sepertimana abangnya. Tapi dek kerana cinta setengah mati, Aidan desak juga untuk nikahi Nuraisya, hingga keluarganya menuduh Nuraisya yang gedik sebab nak sangat menikah awal. Maka akhirnya, Aidan dan Nuraisya jadi suami isteri juga. Nuraisya cukup cantik, lemahlembut, sopan-santun dan ada latar belakang agama yang baik sebab ibunya seorang ustazah. Tapi setelah bernikah, dia dipaksa keluarga mertuanya untuk bekerja dan menampung suaminya.

Fahrin Ahmad, Niena Baharun, Reen Rahim, Ezlyn, Noniswara, Rohaya Samat DFKL, Zainab Osman


Share this video :
 
Copyright © 2016. Tonton Drama KB - All Rights Reserved