Budak Ijat Ep13

Mak Der setuju nak beri Razak peluang lagi. Tapi Mak Der mahu Razak lebih serius lagi lepas ni. Razak janji akan lebih serius dan cuba yang terbaik. Giliran lorong rumah Mak Der, Razak dan Tok Mat pula buat jamuan moreh. Mereka pun mesyuarat tentang jamuan apa nak masak nanti. Mak Der dan Tok Mat bertekak pasal menu dan masing-masing nak masak lauk kegemaran masing-masing. Budak Ijat nampak ada beberapa buah mangga yang sudah busuk dalam bakul. Budak Ijat tanya Tok Mat pasal mangga tu tapi Tok Mat tak jawap. Tok Mat tiba-tiba seperti terasa hati dan suruh Mak Der masak apa yang dia nak. Budak Ijat rasa Tok Mat merajuk pasal dia.[sebenarnya Tok Mat rindukan keluarga dia tapi akan diberitahu di episod akan datang] Razak ajak Fatimah tolong Mak Der masak tapi Fatimah sibuk sangat menjahit. Razak mula marah apabila dia takde baju nak pakai bila semua bajunya tidak dibasuh. Fatimah beri alasan dia sibuk cari duit sebab Razak dah tak kerja. Razak merajuk dan buat ‘silent treatment’


Share this video :
 
Copyright © 2016. Tonton Drama KB - All Rights Reserved