Budak Ijat Ep14

Joyah menjerit bagai nak pecah rumah. Budak Ijat datang bawa baldi dan simbah satu badan sampai kuyup. Mak Der ketawa tengok Joyah yang sudah rupa macam kucing kena air. Joyah malu dan terus minta diri nak balik. Razak sudah mula tidak segan untuk jadi jurujua. Dia berjaya dapatkan satu tempahan yang banyak dan Mak Der sangat gembira. Di rumah perang ‘silent treatment’ antara Razak dan Fatimah makin serius sehingga memaksa Budak Ijat jadi penyampai pesanan antara satu sama lain. Tok Imam beritahu semua jemaah lelaki tentang sesi tadarus selepas solat Terawih. Tapi malangnya, lepas saja jamuan moreh, semua jemaah lelaki pakat balik dan beri macam-macam alasan. Tok Imam buntu dan dah takde idea macam mana nak tarik jemaah lelaki nak tadarus sama dengannya. Ketika tengok Budak Ijat dan Usin basuh pinggan, Tok Imam borak dengan Budak Ijat dan tanya apa yang buat kebanyakkan jemaah balik awal pada malam tu. Budak Ijat beritahu yang malam tu ada siaran langsung bola sepak.

Share this video :
 
Copyright © 2016. Tonton Drama KB - All Rights Reserved