Tukar Tukar Menu Ep14

Cat mendapat panggilan telefon dari pejabat yang meminta dia datang ke pejabat esok dan buat presentation kepada pelabur dari Jepun. Cat tak ada pilihan selain dari patuh kepada permintaan bossnya. Cat meminta Ainon datang untuk menemani Mak Ati di rumah. Cat balik ke KL. Belum jauh lagi perjalalanan Cat ditimpa kemalangan dan keretanya rosak. Cat menghubungi Shak dan meminta tolong. Memang lajulah Shak datang membantu. Shak minta Nurain pergi ke rumah Mak Ati sebab dia akan menemani Cat sehingga malam. Shak menggunakan masa berkualiti bersama Cat dengan sebaik-baiknya. Shak hantar Cat ke pejabat, kemudian menemani Cat siapkan paper work di cafe dan seterusnya pergi ke rumah Cat. Cat perlu salin baju untuk menghadiri mesyuarat tersebut. Shak terpegun tatkala melihat Cat begitu anggun berbaju formal. Shak kemudian menghantar Cat ke pejabat. Cat meminta Shak mengambilnya dalam masa dua jam. Cat berjanji malam nanti dia nak bawa Shak makan di sebuah restoran yang indah.

Share this video :
 
Copyright © 2016. Tonton Drama KB - All Rights Reserved