Ku Kirim Cinta Ep18

Nisha geram dan kecewa apabila Zarul berbalik pada perangai lama, tidak membalas mesej yang dihantar kepada Zarul. Maisara yang melihat Nisha yang tertekan, mendesak Nisha untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku. Akhirnya Nisha menceritakan tentang Zarul kepada Nisha dan berharap sangat Maisara membenarkan dia bekerja di KL. Selain dari untuk dekat dengan Zarul, Nisha juga ingin lari daripada Nordin yang sentiasa mendesak untuk berkahwin dengannya. Maisara bersimpati dengan Nisha tetapi dia risau dengan ugutan Nordin. Nisha cuba mendapatkan pengertian Nordin supaya tidak terus mengugut Maisara. Dia ingin ke KL untuk mencapai cita-citanya dan dia yakin Maisara mampu menguruskan resort berkenaan. Manakala Nordin pula, jika dia ikhlas hendak membantu, dia boleh terus membantu Maisara. Bagaimanapun Nordin mendesak untuk mengetahui siapakah lelaki yang Nisha cintai. Nisha serba salah untuk memberitahu Nordin tetapi bertegas bukan Farhan. Farhan hanyalah kawan biasa.

Share this video :
 
Copyright © 2016. Tonton Drama KB - All Rights Reserved