Menantu Bilal Ep8

Masuk minggu kedua puasa, suasana mula bising dengan bunyi mercun sehingga mengganggu kariah. Mak Esah mendesak Rashid kerana tidak mahu pulang berbuka. Bagaimanapun Rashid mengungkit yang Mak Esah tidak pernah bising pun kalau Rahim jarang pulang. Mak Esah serba salah. - Manakala Rahim memberitahu Marlisa tentang kenapa dia jarang pulang. Nurain dan Normala sedikit lega apabila Mak Esah memberitahu, kemungkinan Rahim dan Marlisa serta Rashid dan Maisara tidak dapat pulang. Normala merasakan inilah masanya dia menggunakan segala skill untuk menunjukkan kepakaran dalam bab masak memasak masakan utara. Nurain pula hendak menyediakan masakan ala Terengganu. Mereka bertelagah. masakan Normala sentiasa pedas. Manakala masakan Nurain pula sentiasa manis. - Dalam mengatasi masalah mereka berdua, Mak Esah bertindak sebagai tukang masak, manakala mereka berdua sekadar membantu Mak Esah masak. Dalam kesibukan menantunya merancang tema hari raya, Mak Esah terdengar rungutan Rahman, Rashid dan Rashdan tentang Rahim yang seakan menjauhkan diri daripada mereka.

Share this video :
 
Copyright © 2016. Tonton Drama KB - All Rights Reserved