Menantu Bilal Ep7

Kerana terlalu marah disebabkan sakit perut, tanpa sedar Marlisa merungut dia sakit perut kerana makan kari yang disediakan oleh Normala. Normala bengang dengan tuduhan Marlisa. Bagaimanapun Marlisa tersengih-sengih malu sendiri apabila Mak Esah kata, masa sahur tidak ada pun lauk kari. Bilal Brahim berbincang dengan Mak Esah tentang kerenah menantumenantu mereka yang saling bertanding untuk menjadi menantu kesayangan mereka. Mak Esah rasa mereka pun ada silap jugak terlalu memuji menantu yang patut dipuji. Bilal Brahim dan Mak Esah kebetulan hendak ke pekan dan akan singgah di pasar. Dia bertanya Nurain hendak memesan lauk basah apa untuk dijadikan lauk berbuka petang nanti. Nurain hanya serah pada Mak Esah. - Mak Esah terkesan dengan sikap Nurain. Dia mengadu pada Rashdan. Secara bergurau Rashdan memberitahu selama ini Mak Esah tidak pernah pun mengambil kira Nurain hendak makan apa dan asyik memikirkan menantu lain hendak makan apa dan bersedia untuk memasak untuk mereka. Walaupun Rashdan bercakap dalam nada bergurau, tetapi Mak Esah rasa kata-kata Rashdan itu ada benarnya. - Mak Esah mengambil peluang berbual-bual mesra dengan Nurain dan menegaskan dia sayang sangat pada menantu-menantunya. Dia minta maaf kalau Nurain terasa dengan layanan mesranya pada menantu-menantu lain.

Share this video :
 
Copyright © 2016. Tonton Drama KB - All Rights Reserved