Joyah betul-betul terkejut. Baru je semalam sama-sama pergi shoping beg LV, GUCCI, hari ni Kak Zah dah meninggal. Baru je semalam makan cendol sama. Joyah betul-betul terkesan dengan kehilangan sahabatnya. Ajal maut tidak mengira usia. Terdapat beberapa orang kampung yang seusia Joyah seperti Kak Mah dan Kak Dilah yang telah kembali ke Rahmatullah kerana sakit. Joyah juga risau. Dia juga takut akan kematian. Sejak dua menjak ini juga dia rajin bersedekah dan teringatkan rakan-rakannya yang dah mati. Pada masa yang sama. Daud dan Joyah merancang mahu ke Italy dan France untuk mengelilingi dunia. Syak dan Dottie nak ikut, tapi mereka tak bagi. Lagi beberapa hari mereka nak berangkat, Joyah jatuh sakit dan demam teruk menggigil. Joyah pun dihantar oleh Daud ke hospital. Syak kemudian ke hospital untuk melawat Joyah. Bila ditanya Daud mana mak, Daud terus menangis dan nampak sangat bersedih. Syak pun ikut menangis dan faham, Joyah telah meninggal dunia.