Joyah tersedar dari tidur. Dia berbangga bermimpi menjadi pejuang kemerdekaan. Bulan Ogos ini, Joyah sememangnya berdarah patriotisme. Joyah sering bercerita kepada orang kampung, kepada keluarganya tentang atuknya dulu hebat melawan Komunis menjaga tanahair. Syak, Dottie dan Daud terpaksa mendengar saja cerita dpd Joyah walaupun dah beratus kali Joyah bercerita benda yang sama. Joyah mula dapat idea untuk membuat teater kemerdekaan sempena bulan kemerdekaan ini. Dia meminta Daud bertemu Ketua Kampung untuk menempah dewan dan menceritakan cadangannya. Tok Ketua tidak mempunyai bajet. Joyah akan tanggung semua kos. Tiket juga nanti percuma, asalkan orang kampung dapat datang penuhkan dewan. Tok Ketua ok. Bermulalah proses Joyah untuk membuat produksi teater. Fauziah Nawi dilantik sebagai guru teater. Bermula latihan. Dotie, Daud, Syak, Joey dan Bibik Amyza juga dipaksa berlakon.