SILY Ep22


Aidan semakin dingin dengan Nadia. Dia banyak menghabiskan masa di bilik khas bersendirian. Nadia pula terpaksa tidur di biliknya sendirian. Nadia cuba mencari jawapan apa yang ada di dalam bilik itu. Tetapi nampaknya semua tertutup rapat. Nadia cuba menjadi seorang isteri yang baik ... memasak dan menyediakan baju untuk Aidan. Tetapi macam sia-sia kerana Aidan kadang-kadang langsung tak makan.. atau makan sikit saja untuk mengambil hati. Nadia jadi pelek. Setelah berkahwin Aidan macam acuh tak acuh sahaja melayan Nadia. Aidan telah dapat apa yang dia inginkan. Jantung Sumayyah. Apa yang Aidan pentingkan hanya kesihatan Nadia. Itu yang dimahukan oleh Aidan sahaja kerana kalau Nadia sihat, jantung Sumayyah juga sihat. Nadia mula keliru kenapa Aidan berkahwin dengannya. Nadia hanya mengatakan semua dalam solatnya. Dia hanya mendoakan yang terbaik untuk rumahtangganya.

Share this video :
 
Copyright © 2016. Tonton Drama KB - All Rights Reserved