
Post Lain: Senarai Drama dan Telemovie
Joyah Ep12 - Bila Joyah Di Jejak Kasih
Joyah ada seorang kakak bernama Jonah. Sejak kecil lagi hubungan Joyah dan Jonah memang kurang akrab lebih-lebih lagi arwah ibu Joyah sering melebihkan Jonah berbanding Joyah. Jonah bertemu Joyah membawa seorang perempuan bernama Mak Jah. Jonah memberitahu sebenarnya, mereka ada 3 beradik dan Mak Jah ini adalah kakak paling sulung yang telah lama terpisah. Jonah memberitahu, elok Mak Jah tinggal bersama Joyah memandangkan Joyah lebih banyak duit dpd Jonah. Bermulalah kehidupan Mak Jah di rumah Joyah. Mak Jah pula pura2 sakit dan terpaksa berulang-alik ke hospital. Dia meminta duit Joyah. Selain itu, dia juga kerap meminjam duit Joyah hinggalah dia menipu Joyah kononnya dia ada cagarkan tanah 40k dan nak pinjam duit Joyah untuk tebus. Suatu hari, Joyah terfikir, kenapa dia begitu bodoh je terus percaya Mak Jah itu akak kandungnya. Dia meminta Syak siasat latar belakang Mak Jah. Bila tgk IC, nama ayah Mak Jah dan Joyah memang tak sama. Bila disiasat rupanya Mak Jah menipu.

Labels:
Joyah