Encik Suami Mat Salih Celup Ep4

Iman marah Ian kerana buatkan semua orang kalut sedangkan dia selamba. Auni datang menjernihkan keadaan dan marah juga pada Ian tanpa dicampuri oleh Iman yang sudah menggelegak. Akhirnya setelah semua orang marahkannya, Ian minta maaf pada semua dan tak sangka semua orang panik. Iman menangis-menangis dengan angah kerana tak mahu bernikah dengan Ian yang tak ada perasaan dan hati kering itu. Angah memujuk Iman yang dia yakin Ian lelaki yang baik dan kejadian itu hanya salah faham. Ian geram juga dia diperintah berkurung oleh uminya kerana kejadian petang itu. Tapi dia terpaksa akur bila Yazmin tenangkannya dan semua orang takut yang dia akan lari dari pernikahan itu. Ian tergelak sorang-sorang bila teringatkan betapa comel dan kalutnya Iman memarahinya. Ian rasa mungkin dia patut bagi peluang kepada Iman yang nampaknya sangat ambil berat pada dia. Naim tak sangka Iman betul-betul akan bernikah dengan Mat salih yang sebenarnya lebih hebat daripada dia.

Share this video :
 
Copyright © 2016. Tonton Drama KB - All Rights Reserved