Tukar Tukar Menu Ep9

Shak marah kerana merasakan Cat menikam belakang dia. Mencuri resepi dia untuk mendapatkan keuntungan. Shak pergi jumpa Cat di rumah Mak Ati. Tapi sebelum sampaitu, Pak Dollah yang tahu Shak nak mengamuk, dah call Cat dah. Cat menuorok tak nak keluar. Tetapi Shak panggil jugak. Mereka bergaduh di situ. Tuduh menuduh dan cerita lama keluar semula. Shak menuduh Cat mencuri harta intelek dia dan mengugut untuk menyaman Cat di mahkamah. Cat dengan Shak berjumpa pulak di pasar. Pak Dollah yang ada ketika itu mengusik ke duanya. Cat malas nak layan dan terus meninggalkan mereka. Pak Dollah bagi masa seminggu je untuk Shak pinang Cat. Kalau tak Pak Dollah yang akan masuk meminang. Shak tak peduli. Kalau Pak Dollah nakkan Cat tu, Pak Dollah boleh ambik! Koji dengan Nurain memang terkesan dengan pergaduhan Shak dan Cat. Mereka tak dibenarkan berjumpa. Tapi Koji dengan Nurain curi-curi jumpa dan merancang untuk membaiki hubungan mak ayah mereka. Mereka merancang dengan bantuan Pak Dollah.

Share this video :
 
Copyright © 2016. Tonton Drama KB - All Rights Reserved