Tukar Tukar Menu Ep6

Cat terasa hati jugala dengan sikat Shak yang langsung tak nak berbaik dengan dia. Sementara itu Koji yang bosan di rumah kerana tidak dapat menonton TV, mengajak Mak Ati berjalan-jalan di sekitar kampung. Bukan main Koji menghias Mak Ati. Ketika Koji berjumpa dengan Nurain, Koji tak perasan, kerusi roda yang diduduki oleh Mak Ati menggelungsur. Hampir saja masuk parit jika bukan diselamatkan oleh Shak. Shak hantar Mak Ati balik dan dia menggunakan peluang itu untuk marah Cat kerana tak tahu nak menjaga orang tua. Pergaduhan tercetus lagi. Koji suka sangat dengan masakan ayam masak kurma Kak Ziha. Dalam diamdiam Koji mintak resepi dari Kak Ziha. Koji bagi resepi tu untuk Cat masak. Bila dah masak, Cat mintak Koji hantar pada jiran kecuali Kak Ziha. Malulah Cat nak hantar pada tuan punya resepi. Kak Ziha terasa hati bila nampak Koji lalu je depan rumah dia dan bagi makanan dekat jiran sebelah rumah dia. Kak Ziha mula mengumpat Cat dan bagitahu Kak Ima pasal Cat.

Share this video :
 
Copyright © 2016. Tonton Drama KB - All Rights Reserved