Cat bagitahu Shak tentang berita gembira itu tetapi Shak terlebih dulu merajuk kerana cemburukan Johan. Tapi Cat berjaya meyakinkan Shak bahawa Johan hanyalah sepupunya dan dia langsung tidak punya perasan terhadap Johan. Cat mengajak Shak pindah bersamanya ke Pahang dan membuka gerai makan di sana, tetapi Shak menolak kerana keluarganya di situ. Mak Ati merajuk apabila tahu Cat akan pindah ke Pahang. Mak Ati tak ak pergi ke mana-mana dan dia nak terus tinggal di kampung itu sendirian. Cat minta Ainon datang untuk pujuk Mak Ati. Ainon mengajak Mak Ati tinggal dengannya di KL tetapi Mak Ati terus berkeras. Cat dan Ainon bingung memikirkan Mak Ati. Koji juga tidak suka berpindah randah. Mereka baru sahaja pindah ke KL dan kini kena pindah ke Pahang pula. Cat jadi kelam kabut kerana semua orang yang dia sayang seolah tidak merestui pemergiannya ke Pahang. Cat akhirnya mengambil keputusan untuk terus menetap di kampung dan berhenti kerja. Cat ingin menjaga Mak Ati.