Tukar Tukar Menu Ep13

Cat terperanjat apabila terima call yang memberitahu seorang pelakon popular akan datang makan tengah hari di rumahnya. Cat panik dan bagitahu Kak Ima. Pada mulanya mereka sangkakan ia cuma panggilan hangit tetapi ianya adalah benar. Rupanya Koji yang hantar penyertaan dan memberitahu stesyen radio Hotfm yang Cat begitu meminati pelakon tersebut. Satu kampung kecoh kerana pelakon popular nak datang ke rumah Cat. Ramailah pulak budak-budak muda berkumpul di luar rumah Cat untuk menunggu pelakon popular itu sampai. Pak Dollah siap halau lagi budak-budak tu balik dan menyindir mereka yang terlalu mengagungkan artis. Bila dah tiba masanya Pak Dollah pulak yang beriya datang dengan pakai baju macam budak muda. Kak Ima dengan Kak Ziha pun melaram habis di rumah Cat. Kononnya nanti biar tak malu bergambar dengan artis popular Tetapi artis popular itu tak jadi datang untuk makan tengah hari sebaliknya akan datang waktu dinner. Semua kecewa dan balik dengan hampa.

Share this video :
 
Copyright © 2016. Tonton Drama KB - All Rights Reserved