Tukar Tukar Menu Ep12

Mak Ati jatuh katil kerana dia cuba untuk bangun sendiri. Cat cukup risau dan pesan dengan Mak Ati, kalau nak bangun kena bagitahu dia atau Koji. Haritu Cat masak gulai nenas dengan ikan talang. Cat mintak Koji pergi bagi dekat jiran. Koji tak ada masaalah nak bagi jiran tapi Koji cukup tak suka dengan Mak Uda sebab Mak Uda tak pernah balas balik makanan yang dihantar macam orang lain. Koji bagitahu Cat. Cat nasihat Koji supaya jangan mengharapkan sesuatu balasan bila kita melakukan kebaikan. Koji tak peduli. Hari berikutnya Koji tak bagipun dekat Mak Uda walaupun ketika hantar makanan tu Mak Uda ada kat depan rumah. Koji buat tak tahu je. Esoknya masa Koji berjalan-jalan, Koji nampak Mak Uda tengah kutip pucuk paku di paya. Masa kutip tu Mak Uda terseliuh dan jatuh. Koji datang bantu. Mak Uda ajak ke rumah. Di rumah Mak Uda, Koji dapat tahu yang kehidupan Mak Uda ni sangat susah. Dia Cuma makan apa yang ada je. Koji simpati.

Share this video :
 
Copyright © 2016. Tonton Drama KB - All Rights Reserved