Tukar Tukar Menu Ep11

Pak Dollah minta maaf kerana mempermainkan mereka. Tetapi kerana itu jugaklah Cat dengan Shak kembali berbaik. Cat masih teruskan jualannya. Sementara itu jualan Shak masih tidak menunjukkan peningkatan. Pendapatannya menurun. Kak Ima sendiri dengar Shak mengeluh dan tidak mampu membelikan Nurain mainan. Kak Ima bagitahu Cat yang dia kasihan melihat Shak. Pernagaan Shak memang terjejas dengan bisnes Cat. Kata Kak Ima, Shak berniaga untuk bagi makan keluarga sedangkan Cat berniaga sekadar mengisi masa dan kerana hobi. cat mengambil keputusan untuk menghentikan jualannya Shak merasa gembira kerana gerainya mula dipenuhi orang kampung. Shak sendiri dan menjalankan pembersihan secara besar-besaran di kedainya apabila Pak Dollah memberitahu yang masakannya ada buat orang sakit perut. Shak pergi berjumpa dengan Cat dan dia berterima kasih kerana Cat tidak bersaing lagi dengannya. Sementara itu Pak Dollah pula demam. Kak Ima dengan Cat membantu Pak Dollah memasak dan menjaganya.

Share this video :
 
Copyright © 2016. Tonton Drama KB - All Rights Reserved