Tukar Tukar Menu Ep10

Koji dan Nurain merancang menghantar teks kepada Shak dengan Cat. Mereka berbalas sms rindu, sayang dan cinta. Bila Cat dapat tahu, dia marah dan kejar Koji keliling rumah. Shak juga marah pada Nurain kerana membalas sms dari Cat. Shak ingat Cat hantar sms kepadanya dan Nurain balas. Begitu juga dengan Cat. Apabila bertemu di pasar, Cat dengan Shak masing-masing memberitahu bukan diri mereka yang hantar teks. Mereka bergaduh lagi. Pak Dollah yang kebetulan lalu di situ nampak dan bagitahu tak ada faedahnya mereka bergaduh sebab tak ada siapa yang menang. Pak Dollah menawarkan mereka satu pertandingan memasak untuk menentukan kalah menangnya. Siapa yang kalah, dia tidak akan berniaga selama sebulan. Shak dengan Cat setuju. Pak Dollah bagi ikan haruan dan udang galah dan mereka perlu masak ikut menu yang mereka suka dan perlu siap jam 7.45 malam. Pak Dollah akan menjadi ketua juri dengan dibantu oleh juri lain yang dirahsiakan.

Share this video :
 
Copyright © 2016. Tonton Drama KB - All Rights Reserved