Puisi Sedih Al Kitab

Nadirah mula belajar membaca Al_Quran pada umurnya 6 tahun. Setiap hari sama-sama pergi belajar mengaji di rumah Mak Haji Teh bersama rakan baiknya, Munah Apabila Nadirah mula beralih ke Al-Quran bapanya menghadiahkannya sebuah Al-Quran baru. Di muka belakang Al-Quran tersebut bapanya menulis nama Nadirah dan alamat rumah mereka di dalam tulisan jawi. Munah berhenti setakat tamat Mukadam. Nadirah berjaya khatam Al-Quran pada umurnya 11 tahun. Majlis khatam Al-Quran diadakan sempena tamat pengajian. Rupa-rupanya kenduri khatam mengaji Al-Quran itu merupakan tanda saat permulaan hidup Nadirah yang terputus hubungan dengan Al-Quran. Nadirah meningkat dewasa, sebok dengan alam persekolahan Al Quran yang dihadiahkan oleh bapanya itu hanya terletak di dalam almarinya tidak pernah dibuka. Bapa mengingatkan Nadirah agar meluangkan masa membaca Al-Quran. Ibu pula menyatakan Nadirah sebok dengan persekolahan kenalah faham.


Share this video :
 
Copyright © 2016. Tonton Drama KB - All Rights Reserved