Misi Laksa dan Laksam Ep9

Hakimy pucat kerana Fiza masih tak sedarkan diri jugak lagi. Anak-anak datang berlari kepadanya dan menangis. Masa ini, Hakimy nak panggil ambulan tetapi tak jadi dia terus mencampung Fiza naik ke kereta. Sempat dia juga membawa anak sekali ke hospital. Sampai di hospital Fiza terus diusung ke bilik kecemasan. Masa ini, Hakimy membayangkan yang Fiza memang sudah tidak ada harapan. Dia menangis memeluk Iskandar dan Fea. Fiza sedar beberapa jam kemudian. Kemudian, Dr. Shoba menasihatkan nya berehat dulu. Masa balik, Imran menyatakan yang dia mahu Mek Su berhenti kerja dan dengan egonya Imran mengatakan setakat taska itu... dia boleh beli dua. Mek Su pula mengatakan yang dia sayang juga nak tinggalkan kerjanya itu. Fiza masih diwadnya.. dia masih lemah tetapi dengan anak-anak dan hakimy dia cuba menguatkan dirinya. Kartini datang kononnya nak melawat Fiza, tetapi sibuk melayan Hakimy bertanya itu ini .. dia sanggup tolong hakimy di rumah jika keadaan Fiza berterusan.

Share this video :
 
Copyright © 2016. Tonton Drama KB - All Rights Reserved