Misi Laksa dan Laksam Ep20 Akhir

Balik dari hospital… semerbak bau laksam yang sudah disediakan oleh Mek Su. Fiza kemudian termenung seketika. Kemudian dia sekali lagi melihat anak-anaknya sedang bermesra dengan Mek Su. Tiba-tiba dia merasa sayu kerana merasakan dia sudah tidak lama lagi dengan mereka. Semasa makan laksam yang dihidangkan oleh Mek Su, Fiza terus mengatakan dia berharap Mek Su akan sudi menjadi ibu kepada anak-anaknya. Ini merupakan permintaan terkahirnya. Di rumah.. Hakimy kemudian bersembahyang jemaah dengan anak-anak dan Fiza. Hakimy cukup bangga dengan anak-anak sekarang kerana sudah pandai sembahyang dan mula mengaji. Setahun kemudian, Fiza meninggal dunia. tetapi menurut catatan diarynya kali ini dia cukup bersedia untuk pergi. Dia mengetahui anak-anak sudah ada ibu yang boleh menjaga mereka dengan sempurna. Suaminya juga sudah ada seorang isteri yang cukup sempurna. Hari itu mereka berada di kubur Fiza kerana anak-anak rindukan Fiza.

Share this video :
 
Copyright © 2016. Tonton Drama KB - All Rights Reserved