Misi Laksa dan Laksam Ep16

Mak Tijah datang ke rumah Mek Su dan memberitahu yang Imran akan datang dengan rombongannya pada hujung minggu itu. Mek Su pula memberitahu Mak Tijah yang dia memang tak boleh dengan Imran. Entah kenapa hatinya benar-benar sukakan Hakimy dan dia pun cukup sayangkan anak-anak Hakimy. Mak Tijah cuba memahami Mek Su tetapi dia sudah tidak dapat memikirkan apakah alasan yang perlu diberikan kepada keluarga Imran. Masa itu, Mek Su menangis kerana cukup sedih diletakkan dalam keadaan yang tersepit. Fiza dan Hakimy pula ada plan sendiri. Ketika ini, Fiza ada bertanya dengan Hakimy adakah dia benar-benar cintakan Mek Su. Hakimy menjawab iya. Fiza juga melihat ke arah anak-anaknya. Mereka juga sedang rindukan Mek Su. Malam itu, Fiza dan Hakimy merancang untuk menggagalkan pertunangan Mek Su.

Share this video :
 
Copyright © 2016. Tonton Drama KB - All Rights Reserved