Menantu Bilal Ep9

Bilal Brahim menegur menantu-menantunya yang sibuk hendak menukar langsir dan perabut sempena Syawal kali ini atas alasan inilah pertama kali mereka berhari raya beramai-ramai. Pada Bilal Brahim semua itu adalah pembaziran kerana segala langsir dan perabot rumah mereka baru saja ditukar sempena perkahwinan mereka beberapa bulan lepas. Rahman, Rashid dan Rashdan terpaksa bertegas dengan isteri masing-masing. - Mak Esah memberitahu Rahman, Rashid dan Rashdan kenapa Rahim cuba menjauhkan diri daripada adik beradiknya yang lain. Masing-masing mula rasa bersalah kerana selama ini mereka tidak pernah menghargai pengorbanan Rahim. Rahim terkejut apabila menerima panggilan telefon daripada adik-adiknya meminta dia pulang hujung minggu depan dengan alasan untuk berbincang pada menyediakan persiapan hari raya. Apabila mengetahui Rashid liat pulang ke kampung kerana Maisara sering menjadi perhatian kawan-kawannya di atas keramahan Maisara, Mak Esah cuma tersenyum kerana dia tahu Rashid memang dari dulu lagi mempunyai sikap cemburu. - Mak Esah menasihati Maisara supaya jangan murah sangat dengan senyuman. Maisara yang merajuk, mula bersikap serius apabila terserempak dengan kawan-kawan Rashid. Heboh pula mengatakan menantu Bilal Brahim sombong.


Share this video :
 
Copyright © 2016. Tonton Drama KB - All Rights Reserved