Menantu Bilal Ep6

Petang sehari sebelum Ramadan, Rashid dan Maisara serta Rahman dan Normala telah tiba. Bagaimanapun Rahim dan Marlisa belum sampai. Ini menyebabkan Mak Esah gelisah. Selepas Maghrib, Rahim dan Marlisa sampai. Mak Esah begitu gembira dan tidak habis-habis memuji Marlisa kerana berjaya memujuk Rahim pulang. Bagaimanapun Rahim mengingatkan Marlisa tentang janjinya pada Rahim sebelum mereka mengambil keputusan untuk pulang. Rahim tidak mahu Marlisa berlebih-lebih mengambil hati Mak Esah kerana bimbang adik-adik iparnya akan terasa. Malam pertama Terawih, dalam usaha menawan hati Mak Esah dan Bilal Brahim, Marlisa, Normala, Maisara dan Nurain solat sebanyak 20 rakaat walaupun masing-masing penat. Bagaimanapun apabila mendengar Mak Esah bertanya pada Bilal Brahim hendak makan lauk apa ketika bersahur, masing-masing bergegas bangun dan berjanji akan memasak untuk bersahur dengan masakan citarasa negeri masing-masing. Malangnya kerana kepenatan, masing-masing terlena tidur walaupun jam sudah menunjukkan hampir pukul lima pagi.


Share this video :
 
Copyright © 2016. Tonton Drama KB - All Rights Reserved