Menantu Bilal Ep4

Maisara sibuk mengumpul resepi masakan ala Kelantan untuk menyediakan juadah berbuka apabila mereka pulang ke rumah Mak Esah nanti. Dalam diam, Maisara sebenarnya cemburu dengan sikap Mak Esah yang rapat dengan Marlisa dan Normala yang berjaya menawan selera Bilal Brahim dengan masakan karinya. Justeru, Maisara mendesak untuk pulang ke rumah Mak Esah pada bulan Ramadan nanti pada tiap-tiap hari. Dua hari lagi Ramadan, Mak Esah sibuk meminta Rashdan dan Nurain menyediakan barang dapur yang mengcukupi untuk menyambut kepulangan menantu-menantunya yang lain balik berbuka pada awal Ramadan nanti. Walaupun Nurain tidak mengadu, namun Rashdan dapat mengagak ada sesuatu yang tidak kena pada Nurain. . Rashdan menasihati Nurain supaya pandai mengambil hati Mak Esah dan ini menyebabkan Nurain merajuk kerana beranggapan Rashdan menyalahkan dia.

Share this video :
 
Copyright © 2016. Tonton Drama KB - All Rights Reserved