Suasana malam raya. Kariah memuji Mak Esah dan Bilal Brahim kerana menantu mereka mampu bertolak ansur dan sepakat berhari raya di rumah Mak Esah. Marlisa, Normala dan Maisara berasa bangga kerana dipuji. Jauh di sudut hati, Nurain tersentuh. Mak Esah terkesan dengan perubahan sikap Nurain. Malam itu, hanya Marlisa, Normala dan Maisara yang memberikan hadiahnya kepada Mak Esah dan Bilal Brahim, iaitu masing-masing menghadiahkan sepasang baju Melayu kepada Bilal Brahim dan sepasang jubah untuk Mak Esah. Nurain yang berada dalam bilik, masih serba salah dan malu untuk memberikan hadiahnya. - Selepas dipujuk dan didesak oleh Rashdan, akhirnya dalam rasa rendah diri Nurain keluar bersama hadiahnya. Songkok untuk Bilal Brahim dan tudung untuk Mak Esah. Bilal Brahim dan Mak Esah menerima pemberian tersebut dengan penuh syukur kerana baginya tanpa songkok baju Melayu yang dipakainya tidak akan lengkap. Begitu juga tanpa tudung, jubah yang dipakai Mak Esah tidak akan sempurna. Inilah pentingnya kita saling bertolak ansur dan bermuafakat. Masing-masing mula terasa dengan kata-kata Bilal Brahim. Nurain terharu.