Menantu Bilal Ep10

Marlisa membebel apabila Rahim nekad tidak balik seperti yang diminta oleh adik beradiknya. Rahim memberi alasan hari raya nanti, mereka akan pulang awal untuk membantu Rashdan dan Nurain menyediakan kelengkapan berhari raya. Dalam keseronokan dan kemeriahan kanak-kanak hendak menyambut kedatangan Syawal, suasana menjadi kecoh apabila seorang kanak-kanak terkena mercun. Bilal Brahim membebel pada kariah yang memandang enteng dengan nasihatnya supaya menegur dan melarang beberapa orang remaja dalam kampung tersebut menjual mercun. Suasana rumah Mak Esah bukan sahaja meriah dengan pelita dan lampu warna warni tetapi juga menjadi kecoh apabila masing-masing sudah pulang. Marlisa, Normala dan Maisara berebut-rebut hendak menjadi menantu kesayangan. Manakala Rahman, Rashid dan Rashdan meminta maaf dengan Rahim di atas salah anggap mereka selama ini. Masing-masing mula saling mengenang saat-saat mereka susah yang mana Rahim terpaksa membantu Bilal Brahim mencari rezeki sehinggakan sanggup meninggalkan minatnya untuk aktif dalam sukan. Rahim, Rahman, Rashid dan Rashdan bertanya tentang hadiah hari raya yang dibeli oleh isteri masing-masing yang masih belum diserahkan kepada Mak Esah dan Bilal Brahim. Bagaimanapun masing-masing ingin membuat kejutan untuk diberikan pada malam raya namun mereka sebenarnya mahu bertanding di antara biras.

Share this video :
 
Copyright © 2016. Tonton Drama KB - All Rights Reserved