Menantu Bilal Ep1

Suasana persandingan serentak anak-anak Bilal Brahim dan MAK ESAH bersama pasangan masing-masing. RAHIM + MARLISA, RAHMAN + NORMALA, RASHID + MAISARA dan RASHDAN + NURAIN. - Dua bulan selepas perkahwinan mereka. Suasana riuh di rumah Mak Esah dengan kepulangan anak-anak dan menantu. Perbualan yang diselangseli dengan loghat masing-masing, Marlisa dengan loghat Negeri Sembilan, Normala loghat Kedah, Maisara dengan loghat Kelantan dan Nurain dengan loghat Terengganu, menyebabkan keadaan makin riuh apabila sesekali berlaku salah faham untuk memahami loghat masing-masing. Ramadan hampir tiba. Bilal Brahim yang menjadi pengerusi masjid, mula merancang aktiviti-aktiviti masjid sepanjang bulan Ramadan. Normala berasal dari Kedah dan memang mahir memasak kari terutama kari ala mamat Penang, Bilal Brahim yang memang sukakan kari sentiasa meminta Normala menyediakan kari untuknya. Ini menyebabkan biras-birasnya yang lain merasakan Normala menjadi menantu kesayangan Bilal Brahim.


Share this video :
 
Copyright © 2016. Tonton Drama KB - All Rights Reserved