Farhan terkejut dengan tindakan Sara menghantar lauk berbuka dan mendakwa dia yang meminta Sara memasakkannya. Farhan bersemuka dengan Farhan bagaimanapun Sara hanya memberitahu salahkah dia memasak untuk orang dicintainya. Farhan makin keliru, dia jarang bertegur sapa dengan Sara, kalau terserempak pun hanya senyum. Takkan kerana senyumannya Sara boleh jatuh cinta padanya. Haji Shiub menasihati Farhan supaya berhati-hati kerana dia bimbang ini merupaka satu perangkap untuk Farhan. Farhan turut menceritakan tentang Liyana kepada Haji Shuib. Mendengar nama tersebut, Haji Shuib ingin berjumpa dengan Liyana. Farhan kehairanan. Akhirnya terdedah yang Liyana merupakan cucu kepada sepupunya. Haji Shuib pujuk Liyana agar pulang ke pangkuan keluarga tetapi Liyana takut kerana kedua ibu bapanya telah menghalau dia. Haji Shuib menjelaskan sejak Liyana bercerai dengan Nordin, kedua orang tua Liyana berusaha mencari Liyana tetapi gagal.