Ku Kirim Cinta Ep19


Farhan dibesalah oleh Nordin apabila Farhan cuba menghalang Nordin dari mengganggu Liyana. Liyana yang risaukan Nordin, kembali ke KL. Farhan terkilan dengan apa yang berlaku dan mendesak Nordin dan Liyana untuk mengetahui apa hubungan mereka berdua. Nordin menuduh Liyana telah mencuri duitnya. Liyana pula meminta maaf dengan Farhan kerana dia tidak dapat membantu Farhan. Nisha pula terkilan dan marah dengan sikap Nordin yang sering bermusuh dengan Farhan. Sebaliknya Nordin mengugut jika Nisha tidak mahu dia menggangygu Farhan, Nisha mesti bersetuju untuk berkahwin dengannya. Maisara kurang senang dengan Nordin dan mengugut akan membuat laporan polis jika Nordin berterusan mengganggu Nisha. Melihat keadaan Fatimah yang makin parah, Hamid serba salah untuk meneruskan niatnya berkahwin dengan Salmi. Dalam waktu yang sama, Zainab pula berjumpa dengan Salmi untuk merayu supaya Salmi memahami keadaan Fatimah. Meskipun Fatimah bekas kakak iparnya tetapi dia begitu menghormati Fatimah.

Share this video :
 
Copyright © 2016. Tonton Drama KB - All Rights Reserved