Ku Kirim Cinta Ep17

Kata-kata semangat daripada Haji Shuib telah memberi kekuatan kepada Farhan untuk berusaha mendapatkan Nisha. Justeru, Farhan melakukan pelbagai perkara untuk cuba merapatkan diri dengan Nisha sehinggakan menyebabkan Nisha kebosanan dengan Farhan. Mastura juga kurang senang dengan sikap Farhan yang sering mengunjungi resortnya hanya semata-mata untuk mencari Nisha. Pada kesempatan ini, Nordin terus meracuni fikiran Maisara supaya kahwinkan dia dengan Nisha. Maisara serba salah dengan desakan Nordin kerana Nisha bertegas dengan keputusan. Nordin akhirnya mengunngkit segala jasa baiknya terhadap Maisara selama ini dan menuduh Maisara tidak mengenang budi. Hamid pula mendesak Salmi untuk mendapatkan kata putus tentang hubungan cinta mereka. Salmi serba salah, dia memang terpikat dengan Hamid namun naluri perempuannya tidak sanggup untuk melukakan perasaan Fatimah. Hamid berkeras mengatakan dia berhak untuk kahwin lagi kerana masalah kesihatan Fatimah.

Share this video :
 
Copyright © 2016. Tonton Drama KB - All Rights Reserved