Budak Ijat Ep18

Pintu rumah Tok Mat tercabut dan Budak Ijat terkejut bila tengok Tok Mat sedang gelabah padamkan api. Mak Der terdengar bunyi langgar itu dan nak pergi tengok. Tok Mat lekas-lekas tutup pintu dan tarik Budak Ijat ke dalam. Budak Ijat tahu Tok Mat tak puasa dan Tok Mat suruh Budak Ijat senyap dan jangan cakap pada sesiapa apa yang dia nampak. Budak Ijat janji tak cakap tapi dengan syarat Tok Mat kena kawan dengan dia. Tok Mat pun terpaksa berbaik dengan Budak Ijat selepas insiden itu. Malam tujuh likur. Pertandingan pelita. Budak Ijat buat pelita konsep romantik & ada gambar Razak dan Fatimah. Razak & Fatimah tanya kenapa Budak Ijat buat macam tu. Budak Ijat beritahu yang dia taknak mak ayah bergaduh lagi sampai bercerai berai. Razak dan Fatimah ketawa, mereka bergaduh tetapi takde terfikir pun pasal nak cerai. Mak dan Ayah berbaik kembali. Kak Ila senyap-senyap jumpa Kadir di hujung kampung. Ketika mereka sedang borak, datang beberapa lelaki ke arah Kadir.

Share this video :
 
Copyright © 2016. Tonton Drama KB - All Rights Reserved