Budak Ijat Ep15

Semua jemaah lelaki hairan dan pelik. Tiba-tiba video projektor menyala dan Tok Imam pun mula nyanyi lagu nasyid ‘Sepohon Kayu’ yang sudah diubah liriknya mengenai ‘ Hidup kalau tak baca Al Quran apa gunanya.’ Kemudian, Tok Imam teruskan tazkirah pasal Manfaat Baca Quran dan semua jemaah menangis sebak dan rasa insaf. Kemudian, mereka semua janji akan datang Tadarus Quran nanti. Surau adakan mesyuarat. Tok Imam nak tarik lebih ramai orang ke surau. Kak Ila beri cadangan untuk adakan ‘Free Market’ di mana mereka boleh beri barang-barang yang tak dipakai tapi masih elok kepada orang ramai secara percuma. Tok Imam setuju dan mereka pun mulakan acara Free Market itu. Tok Imam, Tok Mat, Mak Der, Budak Ijat dan beberapa orang kampung bawa barang-barang masing untuk diberikan. Tok Mat terbawak sebuah kotak lama yang ada gambar dia waktu sekolah dulu. Mak Der tengok gambar itu dan terkejut apabila dapat tahu yang Tok Mat merupakan ‘high school crush’ nya dahulu.

Share this video :
 
Copyright © 2016. Tonton Drama KB - All Rights Reserved