Andainya Takdir Ep9

Fatihah tepis-tepis Airil yang nak pukul dia lagi, ketika itu juga Liza masuk dengan cerianya dan terkejut. Airil juga terkejut. Ketika itulah Fatihah tolaknya dan lari keluar. Airil mengejar. Liza tak sangka. Baru teringat sebelum itu banyak kali Fatihah ambil MC bagai, luka dan lebam kerana itu lah. Liza simpati gila. Di rumah mereka bergaduh besar. Airil bengang Fatihah dah pandai tak dengar arahannya. Farihah geram dan kata Airil carilah isteri lain, orang yang tak berkerja, duduk rumah saja, senang. Baru tak cemburu buta. Fatihah tak tahan minta dilepaskan. Airil kata kalau nak bercerai dia nak Aleeya. Mereka saling menarik Aleeya. Aleeya meraung-raung. Fatihah bawa masuk Aleeya dalam bilik dan kunci pintu. Airil bengang dan tendang pintu sampai pecah. Aleeya dan Fatihah menggigil. Airil bawak Aleeya keluar larikan diri. Aleeya menjerit nak ikut Fatihah yang mengejar mereka. Syaida yang baru balik dari masjid nampak kejadian itu dan betullah sangkaannya selama ini.

Share this video :
 
Copyright © 2016. Tonton Drama KB - All Rights Reserved