Andainya Takdir Ep7

Airil minta maaf seperti biasa selepas itu tapi Fatihah langsung tak buka mulut dan pandang, hanya tidur berehat saja. Itu makin menambah serba salah Airil. Lalu untuk tunjukkan dia nak berubah, Airil janji akan cuba guna teknik untuk control kemarahan yang dikumpul dari internet. Fatihah ajak Airil jumpa pakar terapi atau jiwa tapi Airil tak mahu dianggap macam dia sakit mental pulak. Airil janji akan cuba guna taktik itu dan minta Fatihah juga supportnya. Iaitu kalau nak marah, istighfar banyak-banyak dan ambil wuduk, solat atau keluar rumah. Dia betul-betul mahu berubah, tambah lagi bulan Ramadan cuma seminggu lagi. Fatihah setuju. Airil bawa mereka memancing dan beriadah bersama-sama. Fatihah juga minta Airil selalu solat hajat agar dia boleh sembuh dari penyakit barannya. Namun Airil pula solat fardhu pun liat, ini pulak solat sunat dan kena bangun malam. Tapi Fatihah tak putus asa, kejutkan Airil setiap malam walaupun dimarah.



Share this video :
 
Copyright © 2016. Tonton Drama KB - All Rights Reserved