Andainya Takdir Ep10

Airil dan Norlin pujuk mak ayahnya supaya bertolak-ansur. Jalal mengadu maknya selalu pukul dia dan hina dia. Normah pun taknak mengalah, pertahankan dirinya. Airil sentap juga, terasa diri dia yang terkena. Mereka balik malam itu juga walaupun dipujuk Normah kerana esoknya masih bekerja. Norlin sempat ingatkan Airil tentang Fatihah yang kurang disenangi sebab peramah sangat dengan lelaki lain. Limah lega Zaki dibebaskan kerana ada ramai saksi bersama Zaki ketika kejadian rompakan itu berlaku. Zaki tak tahan tinggal di kampung lalu minta izin maknya cuba cari kerja di KL ikut kawannya. Limah mulanya tak bagi tapi bila Zaki cakap sebelum dia terbunuh orang tua mulut puaka itu, baik dia blah dulu. Limah tumpang sedih dengan Zaki. Limah terdengar Janda Kiah nak pergi umrah tapi tak reti nak mengaji. Dia dapat satu akal yang bakal buatkan musuh ketatnya meletop. Jalal terkejut bila Kiah nak belajar mengaji juga dengannya. walaupun sudah ditolak tapi Kiah merayu dan pandai ambil hati.

Share this video :
 
Copyright © 2016. Tonton Drama KB - All Rights Reserved