Nadia kali ini nampak sangat keikhlasan dalam permintaan Aidan. Dia terus memandang ke arah Aidan. Nadia tiba-tiba merasakan dia perlu memberikan peluang kepada Aidan. Nadia mengatakan dia hendak ke rumah Aidan dan memberitahu Aidan kenapa dia benci sangat dengan Aidan. Aidan hanya mengangguk setuju dengan Nadia. Aidan sekali lagi membuat perkara romantiknya. Dia membelikan bunga untuk Nadia. Dia bukakan pintu kereta dan kemudian mengajak Nadia makan dulu. Nadia terpaksa mengikut .. dan semasa makan mereka tak cakap banyak. Cuma Nadia terus call ibunya mengatakan yang dia balik lambat dan kata Aidan mungkin tak balik. Puan Asma cukup gembira kerana nampaknya rumahtangga Nadia sudah semakin nak ok. Puan Asma kemudian memberitahu Encik Omar mereka boleh meneruskan niat mereka yang hendak mengerjakan umrah pada bulan berikutnya. En Omar juga merasakan sudah sampai masa kerana sudah banyak kali bertangguh disebabkan oleh kesakitan Nadia.