SILY Ep24

HD


Eng Sub
Aidan terkejut mendengar kata-kata Nadia. Aidan cuba meminta maaf daripada Nadia. Dia berjanji yang dia akan cuba menjaga Nadia sebaik mungkin. Tetapi Nadia pulak sudah patah hati kerana merasakan Aidan seorang yang mementingkan diri sendiri. Aidan nak mengaku semuanya tetapi Puan Asma datang dan terus memeluk Nadia. Nadia kata dia selamat dan lepas ni dia nak balik rumah ibunya. Puan Asma kata tak kisah janji Nadia selamat. Aidan mula resah dan dia terus ke rumah ibunya, Hajah Shamsiah. Ibunya mengatakan inilah akibat apabila perkawinan diasaskan kepada ketidakjujuran. Puan Shamsiah mengingatkan tentang banyak sangat rahsia yang disimpan oleh Aidan. Sedangkan Aidan patutnya berterus terang dengan Nadia. Bagi Hajah Shamsiah Nadia memang seorang isteri yang terbaik untuk Aidan. Aidan akur dengan kata ibunya. Beberapa hari kemudian, Nadia dibenarkan balik ke rumah. Aidan ketika itu ada sekali dan dia nak bawak Nadia ke rumahnya. Nadia kata dia hendak ke rumah ibunya.

Share this video :
 
Copyright © 2016. Tonton Drama KB - All Rights Reserved