Joyah mahu mengadakan rombongan ke Langkawi. Ramailah makcik makcik nak ikut. Kak Senah pun nak ikut juga. Dia dah kembali berbaik-baik dengan Joyah. Syak, Daud dan Dottie juga dipaksa ikut kerana Joyah mahu Syak dan Daud menjadi driver van. Bermulalah mereka semua meninggalkan kawasan kampung menuju ke Langkawi. Sepanjang perjalanan, bermacam-macam karenah. Ada yang muntah, ada yang cirit birit, ada yang tertinggal barang, ada yang tertinggal bas sewaktu berhenti di RNR. Berlaku juga beberapa kejadian kelakar, bila Daud dan Syak memandu dalam keadaan mengantuk. Ketika berhenti di kawasan pam minyak, van mereka telah dicuri oleh 2 perompak. Daud dan Syak mengambil teksi dan mengejar perompak itu. Joyah dan kawan-kawan terpaksa batalkan rombongan ke Langkawi. Semua orang maki hamun Joyah. Joyah berjanji akan gantikan semula wang mereka. Lagipun dia tak terfikir kejadian macam ni boleh terjadi. Sementara itu, Syak dan Daud berjaya mengejar perompak.