Atuk kata, ini bukan soal beli cucu, beli anak. Tapi ini soal masa depan. Masa depan bisnes beras mereka. Irfan marah atuk kerana atuk lebih pentingkan beras dari dulu sampai sekarang. Irfan luahkan apa yang dia rasa sejak dulu, dan bagitahu kenapa dia benci sangat untuk bekerja dengan atuk. Dalam duk tension tu, atuk balik ke kampung. Yanti menasihati Irfan yang sekarang ini seolah berpaksikan emosi. Yanti setuju dengan apa yang dilakukan atuk. Atuk bukan nak beli cucu, sebab cucu itu memang cucu atuk. Cucu yang nak dilatih supaya menjadi waris kepada kekayaan Atuk. Yanti ingatkan Irfan yang berjuta dah duit atuk Irfan guna untuk bukak bisnes, tapi semuanya tak jadi. Atuk tak pernah mintak bayar balik pun. Semester break dah berakhir. Harris bercadang nak hantar Irsya balik, tapi Irsya dah mintak pulak kebenaran dari atuk untuk bawak kereta balik. Atuk izinkan. Harris buat bantahan jugak dekat atuk, kenapa bagi Irsya pegang kereta.