Cucu Tauke Beras Ep17

Kaka menangis mengadu dekat Ardi. Dah hampir 3 tahun Kaka duduk dengan Irsya dan berkawan, tak pernah pulak jadi macamni. Ardi bantu Kaka cari bilik sewa berhampiran kolej. Ardi pergi cari Irsya dan marah-marah. Irsya macam dah lupa pulak siapa kawan baik dia. Irsya gembira apabila Arzan nak turun KL dan dia nak jumpa Irsya. Irsya bagitahu Atikah yang dia dah jumpa lelaki yang dia cinta. Atikah juga teruja apabila Irsya nak kenalkan dia dengan Arzan, budak mekanik tu. Irsya minta Arzan bawa kawan supaya nanti Atikah tidak keseorangan bila dorang jumpa. Pada hari yang ditunggu-tunggu tu, tiba-tiba rupanya Arzan bawa Harris! Irsya benar-benar terperanjat, tapi Harris buat selamba je. Harris yang bawak kereta. Atikah kemudian naik dengan Harris dan Arzan naik kereta Irsya. Mereka pergi lepak. Masa lepak ni pun Irsya memang tak selesa. Yang nampak lebih-lebih sudah tentulah Atikah. Dia baru tahu yang Harris tu sepupu Irsya dan juga pengarah di syarikat beras.

Share this video :
 
Copyright © 2016. Tonton Drama KB - All Rights Reserved