Budak Ijat Ep9

Razak bersama beberapa orang lelaki lain di tangkap manakala Hamid dapat larikan diri. Mereka dibawa ke pejabat Jabatan Agama Islam. Joyah nampak Razak dalam van jenazah bersama beberapa orang lelaki lain. Joyah ikuti van itu sampai ke Jabatan Agama Islam dan bila dapat tahu sebab apa Razak kena tangkap, Joyah sebarkan pada orang-orang kampung. Mak Der terdengar dan Mak Der ‘sound’ Joyah supaya jangan suka sebar aib orang. Fatimah terpaksa jamin Razak dan kembali ke rumah. Razak cerita perkara sebenar yang telah berlaku dan Fatimah terkejut bila dapat tahu yang Razak sudah kena pecat. Razak minta maaf sebab tidak beritahu Fatimah perkara sebenar. Kaca mata Tok Imam rosak dan dia terpaksa tukar yang baru. Selepas pakai kaca mata baru, pandangan mata Tok Imam jadi jelas dan baru dia sedar yang ramai jemaah tidur ketika dia beri ceramah. Tok Mat yang selalu puji ceramah dia rupanya sedang tidur sandar kat dinding.

Share this video :
 
Copyright © 2016. Tonton Drama KB - All Rights Reserved