Budak Ijat Ep5

Tok Mat jatuh katil akibat terkejut. Budak Ijat lekas-lekas larikan diri apabila tengok Tok Mat tergolek bawah katil. Tok Mat cuba nak kejar tetapi dia tersadung kaki lalu jatuh tangga rumah sampai terseliuh tangan. Tok Mat tidak sempat nampak siapa yang buat bising di rumahnya. Keesokan hari, Budak Ijat baru sedar selipar dia hilang sebelah dan dia syak, selipar itu mesti tertinggal kat rumah Tok Mat. Budak Ijat, Nabiha dan Usin pergi ke rumah Tok Mat dan cuba cari selipar itu tetapi Tok Mat pula ada. Mereka terpaksa buat macam-macam helah untuk cari selipar itu tetapi tidak berjaya. Kadir, anak saudara Joyah buka gerai jual madu yang kononnya madu segar dari Yaman. Joyah dengan penuh bangga cerita yang Kadir itu masih belajar di Yaman. Tapi, sebenarnya Kadir itu hanya lulusan PMR dan baru saja kena buang kerja. Manakala madu itu pula ialah madu biasa. Razak pergi jumpa Hamid dan minta Hamid mengaku yang dia telah curi duit syarikat. Hamid tuduh Razak mengarut.

Share this video :
 
Copyright © 2016. Tonton Drama KB - All Rights Reserved