Budak Ijat Ep4

Tok Mat tanya air apa itu dan Budak Ijat dengan selamber jawap itu ialah air campuran tanah. Budak Ijat mahu samak isi perut Tok Imam, Tok Mat dan orang-orang kampung dengan air tanah sebab sudah bersentuhan dengan benda haram. Tok Imam geleng kepala dan beritahu yang Budak Ijat sudah salah faham. Budak Ijat minta maaf dan Tok Mat makin marah dengan Budak Ijat. Budak Ijat belajar macam mana hendak ketuk beduk dari Tok Imam. Tok Imam turut cerita yang beduk itu bukan saja untuk beritahu waktu solat tetapi zaman dulu digunakan untuk beri amaran pada orang kampung kalau ada bahaya. Mak Der terkejut bila barang biznes dari Korea yang dia terima bukan apa yang dia pesan. Syarikat online itu hantar 20 set korset lelaki dan Mak Der cuba nak tukar balik tetapi mereka tidak layan. Mak Der kena cari jalan macam mana nak jual korset lelaki itu agar tidak rugi. Tok Mat jumpa dengan Razak dan minta Razak nasihatkan Budak Ijat supaya jangan nakal dan kacau orang surau lagi.

Share this video :
 
Copyright © 2016. Tonton Drama KB - All Rights Reserved