Keesokan harinya, Budak Ijat cari jalan macam mana nak selamatkan Tok Imam, Tok Mat dan orang-orang kampung dari masuk ke dalam neraka. Budak Ijat cerita pada Mak Der yang sedang sibuk setup talian internet di rumahnya telah tersalah dengar dan beritahu kalau terpegang benda najis, boleh samak dengan tanah. Budak Ijat terus dapat idea dan rancang hendak buat sesuatu. Razak tak sanggup nak beritahu Fatimah pasal dia kena buang kerja. Razak pergi kerja macam biasa . Fatimah dengan berat hati beritahu Joyah dia tidak jadi beli beg tangan itu. Joyah terkejut dan beritahu yang dia sudah order dari sepupunya di London dan sepupunya itu akan kirim minggu depan. Joyah suruh Fatimah bayar juga duit beg tangan itu. Fatimah cari jalan macam mana hendak selesaikan masalahnya itu. Fatimah cerita masalahnya pada Mak Der dan Mak Der pun berleter panjang lebar pasal sikap boros Fatimah. Selepas puas berleter, Mak Der cadangkan Fatimah cari duit lebih dengan lakukan kerja yang Fatimah tahu.